Social Icons

Pages

Senin, 23 Desember 2013

Deejay Red FM Berpakaian Pramugari Air Asia



JIKA sebelum ini pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson pernah berpakaian sebagai pramugari Air Asia serta melayan penumpang di pesawat syarikat penerbangan tersebut, kali ini giliran penyampai radio Red FM, JJ dan Lil Kev pula berpakaian sedemikian.

Mereka beraksi sedemikian kerana kalah pertaruhan dengan pengasas Air Asia Tan Sri Tony Fernandes.

Sebelum ini, Mei lalu Branson turun ke Kuala Lumpur dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhanTony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.

Macam-macam idea lah mereka ni kan.

Nasib idea pertaruhan itu bukan yang bukan-bukan, kalau tak, pasti payah JJ dan Lil Kev nak tunaikannya.

Apa-apa pun jom layan dulu gambar gelagat deejay berdua ini dalam uniform pramugari mereka.

Oleh: AUDREY LEE

Kredit Foto: Instagram JJ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar