Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

Deejay Red FM Berpakaian Pramugari Air Asia



JIKA sebelum ini pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson pernah berpakaian sebagai pramugari Air Asia serta melayan penumpang di pesawat syarikat penerbangan tersebut, kali ini giliran penyampai radio Red FM, JJ dan Lil Kev pula berpakaian sedemikian.

Mereka beraksi sedemikian kerana kalah pertaruhan dengan pengasas Air Asia Tan Sri Tony Fernandes.

Sebelum ini, Mei lalu Branson turun ke Kuala Lumpur dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhanTony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.

Macam-macam idea lah mereka ni kan.

Nasib idea pertaruhan itu bukan yang bukan-bukan, kalau tak, pasti payah JJ dan Lil Kev nak tunaikannya.

Apa-apa pun jom layan dulu gambar gelagat deejay berdua ini dalam uniform pramugari mereka.

Oleh: AUDREY LEE

Kredit Foto: Instagram JJ
selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Putera George anak William Dibaptis dengan Air Sungai Jordan

24 Okt 2013

Kate Middleton dan Putera William berpose dengan anak pertama mereka, George. |

LONDON, KOMPAS.com — Putera pertama Putera William dan Kate Middleton, Putera George, yang berusia tiga bulan, hari Rabu (23/10/2013), dibaptis menggunakan air dari Sungai Jordan.

Pembaptisan yang dilakukan Uskup Agung Canterbury Justin Welby di kapel kerajaan di St James Palace ini dihadiri semua sanak keluarga Kerajaan Inggeris dari empat generasi.

Portal berita AP hari Rabu melaporkan, Putera George merupakan ahli waris urutan ketiga takhta Inggeris.
Putera George ketika pembaptisan mengenakan replika pakaian baptis yang dibuat untuk Ratu Victoria dan pertama kali dikenakan pada tahun 1841.

Baginda tiba di kapel digendong ayahnya, Putera William, yang didampingi ibunya. Hadir pula nenek buyut Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Philip. Juga hadir datuknya, Putera Charles, dan isterinya, Camilla, dan bapa saudaranya Putera Harry dan sejumlah anggota keluarga kerajaan lainnya.

Datuk dan nenek Putera George dari pihak   ibunya, Michael dan Carole Middleton, dan ibu saudaraya Pipa juga bapa saudaranya James juga hadir dalam acara pembaptisan ini. Putera William dan Kate meminta tujuh orang menjadi bapak baptis bagi anak mereka yang lahir pada 22 Julai lalu. catatan idahsalam
selengkapnya