Sebelum ini industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran berita bahawa bekas ahli kumpulan Kamikaze iaitu Sham telah berkahwin dua.
Namun sehingga ke hari ini Sham tidak pernah tampil membuat pengakuan berhubung perkara tersebut di mana-mana media.
Menerusi sebuah akhbar hari ini, Sham menjelaskan dakwaan dirinya sudah berkahwin dua dengan berkata, “itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak berkahwin dua. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya percaya anda juga tahu mengapa”.
“Sebenarnya saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali kedua setelah perceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu,” katanya.
Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 37, didakwa telah bercerai dengan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar pada Ogos 2012 sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan kakak kepada Maulana AF, Nurul Halimin Md Salleh pada Januari tahun ini.
Kini, Halimin dikatakan sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata sulung pasangan tersebut.
sumber:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar