Social Icons

Pages

Minggu, 22 Desember 2013

Plat 1 hanya untuk digantung di dinding


ABU DHABI - Jutawan yang berjaya membuat bidaan nombor pendaftaran kereta termahal di dunia, Saeed Abdel Ghaffar Khouri semalam berhasrat akan membingkaikan dan menggantung plat berkenaan daripada meletakkannya pada sebuah kereta.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya rancangannya selepas memiliki plat tersebut.

Abdel Ghaffar melakukan bidaan setinggi 52.2 juta dirham (RM45.8 juta) pada sabtu lalu dalam satu lelongan bagi memperoleh plat pendaftaran 1.
Jutawan yang berumur 25 tahun itu menyatakan: "Saya tidak mahu menjual plat tersebut buat masa ini.
"Tetapi, saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan kerana saya yakin nilainya akan meningkat selepas setahun atau dua tahun,"
SAEED (kiri) dan seorang saudaranya memegang sebuah trofi dan nombor pendaftaran 1 di Abu Dhabi pada Sabtu lalu. 
Penganjur lelongan, Emirates Auction memberitahu di dalam laman webnya bahawa pihaknya sudah menjangkakan satu rekod dunia baru untuk plat kereta termahal itu akan dicipta ketika lelongan tersebut.
Jurucakap Emirates Auction, Abdullah al-Mannaei berkata, ratusan pembeli terlibat dalam bidaan melibatkan 90 plat kenderaan yang mempunyai nilai digit yang kecil dengan jumlah keseluruhan bernilai 89 juta dirham (RM78 juta).
"Rakyat UAE meminati kereta dan semua perkara berkaitan dengan kereta.
"Mereka juga berminat untuk melakukan sumbangan kebajikan," katanya.
Menurutnya, Abu Dhabi kini mempunyai tujuh plat kereta yang paling mahal di dunia. - AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar