Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label dengan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dengan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Putera George anak William Dibaptis dengan Air Sungai Jordan

24 Okt 2013

Kate Middleton dan Putera William berpose dengan anak pertama mereka, George. |

LONDON, KOMPAS.com — Putera pertama Putera William dan Kate Middleton, Putera George, yang berusia tiga bulan, hari Rabu (23/10/2013), dibaptis menggunakan air dari Sungai Jordan.

Pembaptisan yang dilakukan Uskup Agung Canterbury Justin Welby di kapel kerajaan di St James Palace ini dihadiri semua sanak keluarga Kerajaan Inggeris dari empat generasi.

Portal berita AP hari Rabu melaporkan, Putera George merupakan ahli waris urutan ketiga takhta Inggeris.
Putera George ketika pembaptisan mengenakan replika pakaian baptis yang dibuat untuk Ratu Victoria dan pertama kali dikenakan pada tahun 1841.

Baginda tiba di kapel digendong ayahnya, Putera William, yang didampingi ibunya. Hadir pula nenek buyut Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Philip. Juga hadir datuknya, Putera Charles, dan isterinya, Camilla, dan bapa saudaranya Putera Harry dan sejumlah anggota keluarga kerajaan lainnya.

Datuk dan nenek Putera George dari pihak   ibunya, Michael dan Carole Middleton, dan ibu saudaraya Pipa juga bapa saudaranya James juga hadir dalam acara pembaptisan ini. Putera William dan Kate meminta tujuh orang menjadi bapak baptis bagi anak mereka yang lahir pada 22 Julai lalu. catatan idahsalam
selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Kalau membaca Utusan Malaysia bacalah dengan terbalik

18 November 2012

 

Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.
Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan rakyat di Senawang dan Kota Bharu  itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.
Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan di dapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.
Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BN lah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan Mohamad Hasan wajib di ganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.
Saya menulis isu ini kerana masih ramai yang terpedaya dengan dakyah Utusan yang tidak bertanggungjawab itu. Utusan sekarang sudah hilang matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat Utusan ialah untuk memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Utusan tidak mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.
Saya juga menulis tentang isu ini kerana kita boleh agak apa yang akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya nanti. Saya juga pernah menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai ‘attribute’ yang sama seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula turun ‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Utusan.
Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu.. Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik.
selengkapnya

Minggu, 15 Desember 2013

Mat Sabu Mengapa Saya Tertarik Dengan Ayatullah Khomeine…


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

“Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak,” katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

“Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini,” katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

“Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

“Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana,” katanya.

“Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja,” katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

“Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

“Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang,” katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

“Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

“Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

“Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

“Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan… inilah contoh kepimpinan yang saya terima,” katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

“Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

“Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti,” katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

“Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan,” katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

“Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

“Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana,” katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

“Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim,” katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

“Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan… semuanya sunnah… sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa,” katanya. – The Malaysian Insider.
selengkapnya

Selasa, 03 Desember 2013

Facebook Ditawar Microsoft Pemilik FB Balas Dengan Menawar Microsoft !!


TEMPO Interaktif, Paris - Dulu banyak orang mengira Mark Zuckerberg gila ketika ia menolak tawaran akuisisi Yahoo atas situs jejaring sosial buatannya Facebook dengan harga US$ 1 miliar. Tapi nyatanya, walau tawaran sudah dilipatgandakan, Mark tetap menolak.

Pada 2007 lalu Microsoft memberikan tawaran akuisisi US$ 15 miliar atau sekitar Rp 135 triliun, tapi tetap ditolak. Informasi ini terungkap pada konferensi pers pada konferensi web di Paris dengan judul "How to get acquired".

Senior Direktur Strategi dan Akuisisi Microsoft, Fritz Lanman, menegaskan bahwa Microsoft sudah berusaha untuk mengakuisi Facebook. "Ya kami mencoba untuk akuisisi, Facebook memiliki banyak kesamaan," kata dia.

Maka CEO Microsoft Steve Ballmer mendekati Mark Zuckerberg dan menawarkan US$ 15 miliar. Zuckerberg dilaporkan membalas Ballmer dengan mengatakan, "Mengapa bukan kami yang membeli perusahaan anda sebesar US$ 15 miliar?"

Usai penolakan tersebut, Microsoft membuat investasi US$ 240 juta (Rp 2,16 triliun) ke Facebook untuk kemitraan pencarian seperti yang ada sekarang.

Walau ada kerja sama dengan Microsoft, Zuckerberg menolak menjual situs jejaring sosial terbesar itu. "Saya tidak ingin menjual perusahaan, kecuali jika saya masih bisa terus mengontrolnya," kata dia. 
selengkapnya

Minggu, 01 Desember 2013

Wow Ada Turnamen Poker Strip Dengan Peserta Tanpa Busana

Turnamen pertama strip poker di jerman dilaksanakan pada 12 Mei 2010, di Salon Blauer Dresden Park Hotel. 40 kontestan, 33 pria dan 7 wanita, mencoba untuk menjaga pakaian mereka, untuk kesempatan untuk memenangkan sebuah perjalanan ke Las Vegas.















selengkapnya

Selasa, 26 November 2013

Beginilah Saat Google Berpenampilan dengan Konsep Indonesia


@ - Google Adalah raja dari segala situs atau website saat ini  , Google tidak juga sebagai mesin pencari tetapi  Merupakan juga Pemilik dari Youtube , Blogger , Google+ , Adsense dan Masih banyak lagi . Pada kali ini akan Menampilkan Saat Google Berpenampilan dengan Konsep Indonesia , Penasarankan , Oke langsung aja Check it out :






saat 2009






 =_________UPDATE BERITA MUDAH DENGAN...___  
|  Like on Facebook:Surga Segala Berita  | 
|  Follow on Twitter :             |
   ___________________________________________






saat 2010







saat 2011







Gimana bangga kan , 


berikan Komentar anda Di Bawah 



selengkapnya