Senin, 17 Februari 2014
Kesatuan Imigresen Buat Laporan SPRM
KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 November ini berhubung dakwaan ada pegawai imigresen menerima rasuah bagi melepaskan pekerja asing haram memasuki negara ini.
KPISM dalam satu kenyataan media memberitahu, tindakan itu supaya SPRM membuat siasatan berdasarkan dakwaa Presiden MEF, Shamsuddin Bardan yang mendakwa terdapat pegawai imigresen mengambil rasuah daripada golongan majikan sebagai jalan pintas menyelesaikan urusan imigresen pekerja mereka.
“KPISM akan membuat laporan kepada SPRM pada 18 November 2013 berhubung perkara ini supaya siasatan dilakukan berdasarkan kenyataan Presiden MEF yang mendakwa terdapat ahli mereka menyogok pegawai imigresen bagi mendapatkan jalan pintas dalam menyelesaikan urusan imigresen.
“Kami bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM supaya satu siasatan telus dapat dijalankan. KPISM juga memohon pihak MEF tampil memberikan kerjasama kepada SPRM tentang dakwaan ahli-ahlinya yang menyogok untuk mendapat jalan pintas itu,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti dalam kalangan kakitangan imigresen.
Tegas kenyataan itu, jika terbukti bersalah oleh, KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai imigresen terbabit daripada dikenakan hukuman setimpal.
“KPISM sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam memastikan pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik jabatan itu,” kata kenyataan itu.
Media hari ini melaporkan MEF mengesahkan ada majikan menyogok pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk membawa masuk pekerja asing haram dan secara sah
Alasan yang diberikan ialah kerana wujud amalan birokrasi seperti proses dokumentasi yang rumit sehingga memaksa sesetengah majikan bertindak di luar undang-undang.
Lebih mengejutkan, menurut Presiden MEF, Shamsuddin Bardan, sogokan bukan saja berlaku di kawasan KLIA dan LCCT, malah di pejabat dan tempat umum.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar