Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Jumat, 28 Februari 2014
Mahasiswa potong rambut kali pertama selepas 10 tahun kerana mahu jadi pensyarah
Jumaat, 17 Ogos 2012
LONDON: Seorang mahasiswa yang menyiapkan ijazah kedoktorannya memotong rambut untuk kali pertama selepas kali terakhir melakukannya 10 tahun lalu.
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).
Dia juga menawarkan rambutnya sepanjang lebih 91 sentimeter untuk dijual pada harga �600 (RM2,900).
Timothy Price, 29, kini mengikuti kursus kajian teologi dan ketuhanan di Universiti Aberdeen.
Kali terakhir dia ke kedai gunting rambut ialah pada Januari 2002. Dia memutuskan untuk menukar fesyen rambut sebagai persediaan menghadiri temu duga bagi mencari pekerjaan sebagai pensyarah. Price mahu memanfaatkan rambut itu dengan menawarkannya kepada sesiapa yang memerlukan rambut palsu. Bapa kepada dua anak itu berkata, dia mula menyimpan rambut sejak di universiti - satu amalan yang lazim di kalangan mahasiswa.

“Kemudian saya berasa selesa dan gembira dengan gaya rambut panjang,” katanya. Bagaimanapun, berdepan dengan temu duga untuk mendapatkan pekerjaan, Price berpendapat, lebih baik dia memulakan ‘hidup baru’ tanpa rambut panjang. Walaupun 10 tahun tidak bergunting, Price berkata, dia tidak gementar ketika rambutnya dipotong.
“Saya cukup bersedia berubah dan mahukan sesuatu yang berbeza,” katanya. Sementara itu, isteri Price, Joy, 25, mengakui terkejut melihat wajah baru lelaki itu tanpa rambut panjang.
“Sejak berkenalan dengan Price, saya tak pernah nampak dia berambut pendek,” katanya. - TS
Sumber
Relevansokmo
Minggu, 23 Februari 2014
Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam
KELAB GREENBOC
src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type

Maklumat terbaru! Imam Muda Masjid Jamek Pasir Gudang, Johor Bharu telah digantung tugas hanya kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi Imam ketika Solat Jumaat minggu lalu di masjid berkenaan. -fb
ULASAN GB
Jika berita di atas benar, maka UMNO benar-benar sedang menuju kehancurannya bermula di negeri paling selatan semenanjung.
Ini bererti UMNO menggunakan segala caranya untuk menyekat dan menghalang umat Islam yang berlainan parti politik untuk mengimamkan solat dan sifat munafiq UMNO juga menjadi semakin jelas lantarannya.
Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Imam Muda tersebut yang lebih memuliakan dan menghormati ulamak dan kehancuran untuk UMNO lantaran menjadikan "rumah Allah" itu hanya untuk golongan mereka.
ULASAN GB
Jika berita di atas benar, maka UMNO benar-benar sedang menuju kehancurannya bermula di negeri paling selatan semenanjung.
Ini bererti UMNO menggunakan segala caranya untuk menyekat dan menghalang umat Islam yang berlainan parti politik untuk mengimamkan solat dan sifat munafiq UMNO juga menjadi semakin jelas lantarannya.
Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Imam Muda tersebut yang lebih memuliakan dan menghormati ulamak dan kehancuran untuk UMNO lantaran menjadikan "rumah Allah" itu hanya untuk golongan mereka.
Sabtu, 22 Februari 2014
Pontianak Mengamuk Kerana Kain
KULIM – Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya. Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik ‘penunggu’ itu.“Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.“Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu,” katanya.Bakar kain burukKatanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.“Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.“Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.Cari alternatifMenurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.“Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.“Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta,” katanya.Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.“Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.“Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung,” katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah. – Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)