Social Icons

Pages

Jumat, 07 Maret 2014

AVB Lawan Mourinho Malam Ini!


PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal turun berdepan Swansea di tempat lawan pada perlawanan keenam, malam ini untuk terus memburu mata penuh bagi mengekalkan kedudukan di persada liga itu.

Namun tumpuan malam ini pasti lebih terarah kepada sepak mula awal, jam 7.45 malam menyaksikan pasukan tangga kedua liga, Tottenham menanti kunjungan pasukan tangga keempat, Chelsea di White Hart Lane.

Lebih menarik, ia pertembungan pertama antara dua mentor dan protege, Jose Mourinho dan Andre Villas-Boas yang mana mereka berdua pernah bergelar pengurus dan penolong pengurus tetapi kini Mourinho membimbing Chelsea manakala Villas-Boas membimbing Tottenham.

Pasukan tangga ketiga, Manchester City pula pasti mahu meneruskan rentak jaringan dan kemenangan mereka apabila bertandang ke Aston Villa.

Manakala juara bertahan, Manchester United pula menanti kunjungan West Brom di Old Trafford.

Selepas lima perlawanan, Arsenal di tangga teratas dengan 12 mata diikuti Tottenham (12), City (10), Chelsea (10) dan Liverpool (10).

Tiga lagi baki perlawanan malam ini menyaksikan Fulham bertemu Cardiff, Southampton bertemu Crystal Palace manakala Hull bertemu West Ham.

Kesemua perlawanan malam ini berlangsung jam 10 malam kecuali aksi Tottenham-Chelsea jam 7.45 malam dan Swansea-Arsenal 12.30 tengah malam.

Dua lagi perlawanan akan berlangsung malam esok dengan Stoke bertemu Norwich jam 8.30 malam manakala Sunderland bertemu Liverpool jam 11 malam.

Satu perlawanan, Everton bertemu Newcastle pula berlangsung jam 3 pagi Selasa ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar